Kejayaan Cemerlang Penyelidik UPNM di Technology Expo (MTE) 2012

Penulis :R & I Rabu, 29 Feb 2012

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2012 mulai 16-18 Februari 2012 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Pameran MTE 2012 adalah bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan & pembangunan (R&D) dan teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap rekabentuk produk dan perkhidmatan teknologi terkini. Ekspo tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini dari universiti, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan sektor korporat dari negara-negara Asia dan Eropah.
Sebanyak 7 penyertaan dari 5 orang penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut dimana UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang cemerlang dimana kesemua produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu 1 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Senarai penuh pemenang-pemenang adalah seperti berikut:

i. Prof Madya Dr. Ong Keat Khim
(Nama Projek: Arsenic Detection System) – Pingat Emas
ii. Kapt Syed Nasir Alsagoff Bin Syed Zakaria
(Nama Projek: PAW: A PKI – Based Antimalware Using An Invitation Whitelist Concept) – Pingat Perak
iii. Kapt Syed Nasir Alsagoff Bin Syed Zakaria
(Nama Projek: T-Pad: A Novel Method of Network Traffic Padding Utilizing Dual Injection Method to Prevent Traffic) – Pingat Perak
iv. Ir. Mohammed Alias Bin Yusof
(Nama Projek: Field Blast Testing RIG) – Pingat Perak
v. Kapt Syed Nasir Alsagoff Bin Syed Zakaria
(Nama Projek: Sutacsics: Small Unit Tactical Silent Communication System) – Pingat Gangsa
vi. Prof. Madya Kept. Zulkifly bin Mat Radzi (Bersara)
(Nama Projek: Fleetwork Simulator) – Pingat Gangsa
vii. Encik Ahmad Humaizi Bin Hilmi
(Nama Projek: Blast Apparatus To Cut Metal Using Water) – Pingat Gangsa


MTE 2012 telah disempurnakan perasmiannya oleh YB. Datuk Hj Fadillah bin Hj Yusof, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Lt Jen Dato’ Wira Allatif Mohd Noor, Naib Canselor UPNM juga turut hadir ke pameran tersebut bagi memberi sokongan kepada penyelidik-penyelidik UPNM serta meninjau persekitaraan pameran MTE 2012. Tahniah diucapkan kepada penyelidik-penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM didalam bidang penyelidikan dan inovasi dan membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing dengan IPTA yang lain.
Kemaskini Terakhir : Rabu, 29 Februari 2012

♥ Thank you because you willing to stop here for awhile ♥

No comments: